Monday, May 09, 2011

KOLEKSI KISAH2 LAWAK~

BERUK


Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)



HARTA PUSAKA NENEK


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"



KAHWAIN LAIN


Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


Friday, May 06, 2011

~(^_^) SeLaMaT hArI IbU (^_^)~



Ibuku hanya punya satu mata, aku benci dia… dia begitu memalukanku. Dia menjadi tukang masak kantin sekolah untuk murid dan guru untuk menampung  keperluan keluargaku. Suatu hari saat aku di sekolah, ibu mendatangiku dan mengucap salam padaku, aku begitu malu saat itu, bagaimana dia bisa melakukan itu padaku di depan teman-temanku?! Aku abaikan dia dan melemparkan pandangan benci padanya sambil berlari.

Esok harinya, salah seorang teman kelasku mengejekku dengan mengatakan ” Eeee, ibumu hanya punya satu mata…! ” Aku malu sekali dan ingin mati rasanya, aku juga ingin ibuku pergi dari kehidupanku. Aku bertengkar hebat dengan ibuku dan kukatakan padanya kalau ibu hanya jadi sumber bahan tertawaaan teman-temanku, mengapa ibu tak mati saja ! Ibu tak menjawab … !!!

Aku sama sekali tak mau berpikir tentang apa yang kukatakan , kerana aku sangat marah padanya, aku tak pedulikan apapun perasaan dia, aku ingin keluar dari rumah itu … !! jadi aku belajar besungguh-sungguh agar aku mendapat kesempatan belajar di luar negeri, kemudian aku menikah, ku beli rumah. Aku punya anak dan aku hidup bahagia.

Suatu waktu ibu mengunjungiku. Sudah bertahun-tahun dia tak melihatku  bahkan belum pernah bertemu cucu-cucunya. Ketika ibu berdiri di depan pintu, anak-anakku mentertawakannya. Aku berteriak padanya ” Betapa beraninya kamu datang ke rumahku, dan menakutkan anakku. PERGI DARI SINI SEKARANG !! ” Ibuku menjawab perlahan ” Maaf… saya salah alamat “. Dan diapun pergi.


Suatu hari, ada sepucuk surat drpd kampung  di kirimkan ke rumahku, jadi aku berbohong pada istriku, ku katakan bahwa aku ada tugas ke luar kota.  aku segera ke kampungku untuk sekadar rasa ingin tahu. Salah seorang tetanggaku mengatakan bahwa ibuku telah meninggal dunia. Aku tak terharu atau menitiskan air mata … ! Tetanggaku itu menyerahkan sepucuk surat drpd ibu untukku.


“Anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap waktu. Maafkan aku datang ke rumahmu dan membuat anak-anakmu takut. Aku sangat gembira ketika ku dengar kau akan datang ke kampung, tapi sayangnya aku tak bisa bangkit dari tempat tidur untuk melihatmu. Maafkan aku yang membuat malu saat kita masih bersama. Ketahuilah anakku…. ketika kau masih kecil, kau mengalami kecelakaan yang membuatmu kehilangan matamu. Sebagai ibu, aku tak bisa berdiam diri membiarkanmu membesar dengan satu mata saja, jadi aku berikan satu mataku padamu. Aku sangat bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku di tempatku, dengan mata itu. Bersama Cintaku …. Ibumu …..”





p/s:jadilah anak yang soleh dan jangan sesekali menderhakai ibu bapa kita...
                            sayangilah mereka sementara mereka masih hidup........&yg paling penting selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahgiaan mereka di dunia dan akhirat~










Monday, May 02, 2011

~KeIsTiMeWaaN wArNa HiJaU dAlAm IsLAm & Al-Quran~

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.


Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAUpada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.



1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”



2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76



3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21


4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31


HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. WarnaHIJAUjuga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.



Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.


~ copied from mecari halawatul iman blog~

Sunday, May 01, 2011

Keikhlasan Penawar Kesulitan !!!

Malam itu seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat latihan 'breakdance' di Dataran Tanjongmas,Muar. Tiba-tiba badan aku terasa sakit-sakit lalu menjejaskan niatku untuk keluar.Mungkin badanku tidak dapat menanggung kepenatan setelah seharian aku membanting tulang membantu kawanku,Pain memunggah barang-barang untuk dipindahkan ke Melaka.

Petang itu aku diminta untuk membantu Pain untuk memindahkan barang-barang ke stor sementara di Jasin,Melaka.Kebetulan ketika itu aku sememangnya sedang makan angin-angin kosong di rumah.Lalu aku memintanya mengambil aku di rumah.Sememangnya penat menggigit badanku sesudah selesai kerja-kerja memunggah.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Jasin.Setibanya di persimpangan lebuhraya Melaka,rakanku,Prof,berhenti tiba-tiba.Aku bertanya mengapa berhenti sedangkan destinasi masih lagi sejauh 10km.Dia sekadar menggaru-garu kepala menunjukkan meter minyaknya.Huh,patutlah.Kami mula memberi buah fikiran masing-masing,namun yang terbayang hanya stesen minyak,yang terletak di pekan lebih kurang 8km lagi.

Kemudian,Usop,memberi idea dengan berkongsi minyak dengan motor sesiapa yang masih penuh.Mulanya rakanku seorang lagi,Akim keberatan untuk membantu kerana dia bimbang untuk mengeluarkan wangnya yang hanya tinggal beberapa keping wang biru untuk mengisi minyak.Tiba-tiba hatiku terdetik untuk menanggung wang minyak Akim.Aku menyeluk sakuku,namun yang ada hanya RM10.Aku mula berfikir,"Apa salahnya aku bayarkan.Lagipun situasi sedang gawat ni,lagi-lagi nak hampir maghrib".
Tanpa bercerita panjang,aku meyakinkan Akim yang aku akan membayar minyaknya.Dengas sebulat suara,Usop lincah menunjukkan kepakarannya.Alhamdulillah,motor Prof dapat hidup semula.Kami meneruskan perjalanan.

Setelah sampai,kami meneruskankerja-kerja memunggah barang.Walaupun kepenatan,tetapi aku gembira dapat membantu rakanku serta melayan kerenah mereka.
Tepat ke pukul 6,kami singgah ke stesen minyak dan terUskan perjalanan pulang.
Sesudah mandi,aku merasa sangat penat.Aku nekad mengambil langkah ke bilik lalu aku menghempaskan badan ke katil.Ya Allah,penatnya.Aku mengalihkan pandangan ke jam dinding.Tak apalah,baru ke pukul 8.Masih ada masa untuk rehat sebentar sebelum pergi latihan.

Aku terjaga dari tidur pada pukul 9.45,lalu aku segera mengambil wuduk dan menunaikan Isyak.Setelah selesai aku bergegas menukar pakaian.Tiba-tiba aku dapati kunci keretaku tiada.Aku bertanyakan ibu,lalu ibu berkata abangku sudah membawanya bersiar-siar.Aku merasa sangat geram.Dengan perasaan marah,aku segara mengambil topi keledarku,lalu aku nekad untuk berjalan kaki kira-kira 4km.
Ketika dalam perjalananku,aku didatangi seorang lelaki berpakaian gelap yang sedang menunggang motor yang berhenti tiba-tiba di hadapanku.Dia lekas memanggil namaku.

Pada mulanya aku berasa syak wasangka kepada  lelaki itu,namun aku merasa lega tatkala mendengar suaranya.Rupanya Akim.Kebetulan pula dia terjumpa aku di bahu jalan,lalu dia menawarkan aku menumpang motornya.
"Takpelah,bro.Kan petang tadi kau dah 'tolong' aku"katanya.

Aku tersentak seketika dengan kata-katanya itu.Perasaan amarahku sebentar tadi dengan segera bertukar gembira.Memang benarlah,Allah Maha Adil.Dia sentiasa mengurniakan rezeki kepada hamba-hamba-Nya,tidak mengira susah mahupun senang.Kesusahan rakanku petang itu dapat diselesaikan dengan bantuanku.Dan siapa tahu,malam itu aku pula dibantu.Terima kasih, ya Allah.
"Aku mula  sedar, daripada perbuatan kecil mahupun besar, masing-masing mempersoalkan keikhlasan, walhal keikhlasan itu adalah terbitnya dari dasar hati."