Friday, December 28, 2012





RESIPI KEK KEJAYAAN







Bahan2 utama:-
Usaha secukup mungkin
Doa setiap hari
Istiqamah dalam melakukan kerja
Tawakkal kepada Allah
 Ibadah kepada Allah
Fokus di dalam kelas



Bahan2 hiasan:-
Sikap hormat2
Aktiviti riadah & senaman
Pemakanan seimbang+halal
Tidur yang cukup



CARA2 MEMBUATNYA:-
1}Uli usaha secukup mungkin ditambah dengan istiqamah dalam  melakukan kerja.
2}Setelah itu,masukkan doa setiap hari tidak kira waktu senang mahupun susah ke dalam adunan yang telah diproses tadi.
3}Apabila kelihatan doa,usaha,istiqamah,tawakkal(D.U.I.T) cukup kembang,pukulkan adunan tersebut dengan ibadah kepada Allah dengan cara meperelokkan ibadah wajib dan melebihkan ibadah sunat seperti solat 5 waktu dan membaca al-quran.
4}Kemudian,kacaukan adunan yang dipukul tadi dengan fokus yang mendalam setiap kali waktu pembelajaran di dalam kelas.
5}Akhir sekali,masukkan adunan yang telah siap diproses ke dalam tempat yang disediakan iaitu hati sehingga betul2 masak.

Cara membuat bahan2 hiasan:-
-bahagian atas=taburkan sikap hormat terhadap ibu bapa,guru,kawan2 dan masyarakat setempat.
-bahagian tepi sebelah kanan=sentiasa amalkan pemakanan seimbang lagi halal.
-bahagian tepi sebelah kiri=sentaiasa lakukan aktiviti riadah pada waktu petang dan senaman pada waktu pagi.
-bagi menambahkan lagi rasa kek tersebut ,rehatkan minda apabila berasa stress dengan hiburan yang tidak melampaui batas sepert menonton tv ditambah dengan tidur yang mencukupi.

-This recipe was created during the competition of creative writing....alhamdulillah i was got the third place...




No comments:

Post a Comment