Thursday, October 20, 2011

(SiKaP GoPoh GaPaH)


Gopoh-gapah atau isti'jal adalah penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat serta boleh meluputkan pahala segala kebajikan.
Menurut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dahulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan. Ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu.
Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu.
Impak Sikap Gopoh
Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput begitu saja. Dalam keadaan bergopoh-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat. 
Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:
"Dan manusia mendoakan kejahatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11)
Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.
Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.
Warak Pokok Kepada Ibadat
Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.
Menurut Imam al-Ghazali, sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksanaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya. Taanni pula bermaksud, berhati-hati pada permulaan dan semasa melaksanakan sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajarnya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.
Rasulullah bersabda, maksudnya, "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengahwinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".



Tuesday, October 18, 2011

DOA YANG PALING DIGERUNI IBLIS~




Muhammad bin Wasi’ mengatakan bahawa pada suatu hari ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, iblis muncul dihadapannya dan berkata “Wahai anak Wasi’ engkau kenalkah aku?” Beliau menjawab “ Siapa engkau ini?” Ujar iblis, “Aku iblis”. Engkau mahu apa?. Tanya Muhammad. Iblis menjawab sambil merayu “Engkau jangan ajarkan kepada sesiapa pun doa itu dan aku berjanji tidak akan menganggumu.
Muhammad bin Wasi’ menjawab dengan tegas “ Demi Allah aku tidak akan halang sesiapa pun untuk mempelajarinya dan engkau buatlah apa yang engkau hendak buat.
Tahukah sahabat-sahabat doa apakah yang Muhammad bin Wasi’ bacakan tiap-tiap pagi hingga iblis begitu gerun mendengarnya?


اللهُمَّ إنَّكَ سَلَطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّ بَصِيْرًا بِعُيُوْنِنَا, يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا نَرَاهُمْ أَللهُمَّ فأَيِسَهُ مِنَّا كَمَا أَيَسَتْهُ مِنْ رَحْمَتِكَ،

وَقَنَّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ، وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر


Maksudnya: Wahai Allah engkau telah mentakdirkan kepada kami menghadapi musuh yang sangat arif tentang kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak melihat mereka. Ya Allah engkau jadikanlah ia berputus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatmu, haramkanlah ia bagi kami, sebagaimana engkau mengharamkan ia dari mendapat keampunanmu. Jauhkanlah kami darinya sebagaimana engkau jauhkan dia dari rahmatmu. Sesungguhnya engkau berkuasa melakukan apa sahaja.




Friday, October 14, 2011

~sEdIkIt CoReTaN SeBaGaI jUnIoR kUdQ~



D
ikala subuh yang hening tatkala udara pagi yang dingin membuat diriku tergetar-getar kesejukan.Aku berasa sungguh bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia bersama keluarga.
            
Pagi ini adalah hari keputusan temuduga DARUL QURAN yang aku tempuh hari itu.Tangan ini terasa macam terkena penyakit “Parkinson” kerana bergetar dengan kuat ditambah dengan hati yang berdegup kencang bagai ombak tsunami melanda.
          
Namun, aku harus belajar menerima takdir ALLAH.Walau apapun terjadi aku harus tabah kerana berdasarkan permohonan temuduga maktab,sudah 2 kali permohonan aku ditolak.Ketika itu, suasana hiba melanda diriku dalam waktu seminggu.Kendatipun begitu,aku telah dapat menerima kenyataan bahawa bukan rezeki aku di maktab.

Aku telah menyemak keputusan di portal DQ, tetapi pada waktu itu keputusan belum boleh disemak kerana pihak DQ belum mengemaskini keputusan pelajar yang berjaya memohon. Pada hari itu,keluarga aku hendak pulang ke kampung dan mengajak aku.Aku mengikuti mereka bersama.

Setelah sampai di kampung,jam menunjukkan pukul 3 petang.Aku mendapati telefon bimbitku berdering .Aku meraba poketku untuk mendapatkan  telefon bimbitku.Setelah dapat memegang telefonku,aku dapat melihat terpampang nama sahabatku yang menghantar mesej untukku,aku berdebar-debar untuk menekan keypad yang ada di telefonku.Selang beberapa saat, aku berasa teringin untuk melihat isi yang dihantar oleh sahabatku.

Aku cepat-cepat menggerakkan jari-jemariku untuk melihat mesej yang dihantar.ALHAMDULILLAH...aku telah bejaya  dalam temuduga darul quran.Betapa bersyukurnya aku waktu itu.Aku masih teringat kata-kata ibu bapaku.Setiap kejadian pasti ada hikmah-NYA.Selepas mendapat tawaran ini,rezeki aku semakin mencurah-curah bagai cendawan tumbuh di tepi jalan.

Antara  tawaran yang aku dapat ialah matrikulasi di Pahang,diploma teknologi kreatif di UITM,asasi sains dan teknologi di UNISEL dan diploma mikrobiologi di UNIKL.Hajat aku sebenarnya berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran di UIAM dalam bidang agama iaitu asasi Bahasa Arab kerana aku sangat meminati  bidang linguistik terutamanya Bahasa Arab tetapi TUHAN lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.Darul Quran adalah pilihan terbaik untuk diriku setelah berbincang dengan semua orang dan berdoa kepada ALLAH.

 Walaupun aku berasa takut,risau dan berdebar untuk memasuki Darul Quran,aku tetap memberanikan diri untuk  berdamping dengan Al-Quran.Hari demi hari,detik demi detik,jam demi jam, masa yang ditunggu telah sampai.14 MEI adalah tarikh kemuncak untuk aku bergelar mahasiswa darul quran.

Saat hiba kembali menyelubungi diriku walaupun tecalit sedikit kegembiraan untuk dirku kerana aku akan berjauhan dengan keluarga.Air mata ini menitis jatuh berderai-derai ke lantai asrama menandakan aku sangat sedih kerana aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga.

Ketika waktu pendaftaran,satu keluarga datang menghantarku untuk memberi sokongan kepadaku.Selesai sahaja mendaftarkan diri,aku ditinggalkan oleh keluargaku di sebuah bilik yang sungguh selesa iaitu di asrama Darul Quran.Namun sekali lagi titisan air mata mengalir di celah mataku.

FIRMAN ALLAH TAALA:JANGAN KAMU TAKUT DAN SEDIH KERANA  SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN KAMU.

Aku masih berpegang kepada ayat ALLAH S.W.T.sebagaimana di atas. Dalam masa 15 minit ,baru aku dapat menenangkan diriku ini.Aku mula berdoa kepada ALLAH supaya aku kuat dan tabah menghadapi mehnah tribulasi dunia dan dapat berusaha supaya tidak menjadi ‘HOMESICK’ lagi.Tepat jam 5 petang,bermulanya ‘MINGGU HALUAN SISWA’.

Minggu orientasi ini betul-betul mencabar mental dan fizikalku di bumi darul quran.Antara pengalaman manis dalam minggu ini, aku dapat berkenalan dengan ramai kawan yang berasal dari seluruh negara dan pengalaman pahit yang aku peroleh adalah terpaksa menyanyi lagu  nasyid menggunakan suara “DORAEMON”.Objektif sebenar program ini diadakan untuk mendedahkan pelajar bagaimana realiti  sebenar kehidupan para huffaz pada era globalisasi ini terutamanya hidup di darul quran.

Setelah berakhirnya minggu orientasi yang diselia oleh pihak pentadbiran DQ,bersambung pula program yang dibuat oleh abang-abang senior di bawah persatuan pelajar iaitu Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran atau lebih masyhur dikenali sebagai ‘PERKEMAT DQ’.Program ini dinamakan sebagai “SYABAB” atau nama penuhnya Synergy of Ulul Albab.

Program ini ternyata lebih mencabar dan mendebarkan.Selama 3 hari berkampung di sana  badanku hanya dibasahi air tatkali hendak berwudhuk dan membuang air kecil kerana waktu terlalu padat.Antara saat paling menakutkan dan perit ialah masa ketua lajnah tarbiah dan dakwah memanggil  para pelajar untuk berkumpul di depan kolam.Tiap kali dipanggil kami ternanti-nanti apakah hukuman yang akan dikenakan ke atas kami disebabkan tidak patuh atas arahan yang diberikan.Salah satu hukuman yang diberikan terhadap kami ialah lari mengikuti jalan bukit yang dipenuhi batu-batu keras ditambah pokok-pokok berduri terpaksa kami redah.

Sepanjang Program yang telah aku sertai tidak pernah program itu meninggalkan kesan yang mendalam bagiku  hingga detik dan tarikh ini aku dapat mengingati memori suka-duka sepanjang program,Alangkah sayangnya,aku tidak ada kamera.Kalau tidak akanku tangkap semua gambarku setiap kali berlangsungnya sesuatu tentatif program agar menjadi kenangan terindah dalm hidupku.

Semasa hari terakhir kami, berlangsungnya “PROGRAM KEMBARA HUTAN”. Dalam keadaan seronok  dapat melihat keindahan dan keunikan flora & fauna ciptaan ALLAH,aku dan kawan-kawanku dikejutkan dengan  kehilangan salah seorang kawanku yang bernama ABDUL HADI.Kami seidkit gusar dan cemas takut-takut kawan kami terjatuh dari bukit.Kami siap didenda mandi dalam air yang berlumpur  dan dipenuhi kayu-kayan.Tetapi sewaktu majlis penutup,kami menerima berita gembira kerana ABDUL HADI telah ditemui. Sebenarnya,ini adalah satu method yang digunakan oleh abang-abang senior untuk memberi kejutan terhadap kami bersempena dengan ulang tahun ke 18 ABDUL HADI.

Selepas tamat program SYABAB bermulalah waktu pembelajaran kuliah dan kelas tasmi’ AL-QURAN.Suasana biah solehah di sini sungguh berbeza sewaktu di zaman sekolah,Aku berasa sungguh tenang dan selesa kerana selalu berdamping dengan ayat-ayat AL-QURAN.Aku berharap ALLAH akan menolongku untuk menjadi seorang huffaz yang profesional lagi berkarismatik yang dapat menyeimbangkan antara dunia dan akhirat.AMIN!!!!








~ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MUHIBBAH~

YA ALLAH YA TUHANKU.....

knpa malam nie aku rndu sgt ngn suasana dq,,,kalu nk compared dgn rumah jauh bezanya...

walaupun kt dq stress sikt xpi kt umah lalai byk dgn nikmat tido,makan n so on.....

apa nk dicitekan kt sini ......xdi sedih sgt selepas bertemu ngn saudara yg hndk g haji...

diorg tlh blps kt kl pagi xdi.....n then 16 ni akn fly ke mekah....

walaupun bkn ahli kluarga tdkt....xpi hati nie sayu sgt kerana mrka nk g tmpt mulia.....

harap2 taun depan my parents dpat g,,INSYAALLAH!!



Wednesday, October 12, 2011

salam mujahadah dan imtihan untuk semua kawan yg sedang mghdpi peperiksaan dan akn mghdpinya,,,ESPECIALLY to STAM candidates 2011......

HARI ini adalah hari yang paling memalukan bgi dirku...

semasa paper fiqh xdi,,,hndset aku trjtuh dri poket seluarku,,,,,menyebabkan berkecai jatuh ke lantai...rmi lihat aku time 2 dan cop aku meniru.....mujur muka aku slumber jew,,,,he3

dah lar soalan faraid byk xdjwb...ARGHHH!stresss!!!!!

xpi apa yg aku dapat ari nie byk pglmn daripada peristiwa xdi.....


arap semuanya lulus krna preparation aku is not enough as well.....so kna hrp lulus jew ....he3,,,,,

satu hal lagi yg aku epy,aku dpt bjmpa dan bercrta suka dukaku kt dq dkt kawan2 lama dpd setiap form....

actually not detail lar aku sharing stor coz cmpur ngn exm kan,,,,xleh nk ckp byk2....tggu 19 arubln nie baru boleh ckp sepuasnya...xpi rmi kawan yang dianggap bez friend belum kembali ke tanah air mereka.....

for this moment......i think that's all....waillaliqa'

Monday, October 10, 2011

PoSt TeRbAru~


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

...............BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......


Alhamdulillah akhirnya habis jugak sem 1 di bumi barakah iaitu darul quran.....

begitu banyak suka duka yang telah berjaya ku tempuh setelah mengambil takhta sebagai tilmiz kolej universiti....

apa yang nk dcrtkn kt sini di kala duka dan sedih terpancar jugk sinar dan mentri kebhgiaan dan kegembiraan semasa waktu final exm.....

sekarang wktu cuti bermula,,,,,bukan waktu rehat untuk diriku....exm stam muncul stlh smpi di bumi kelahiran yg tercnta KELANTAN DARUL NAIM.....

QURAN pom xakan ditinggal insyaallah.....modal dan iadah amat penting dalam diri sebagai penguat rohani.....

p/s:mggu nie kena perah otak lagi mghdi stam...insyaallah mumtaz....

wassalam,,,