|
D
|
ikala subuh yang hening
tatkala udara pagi yang dingin membuat diriku tergetar-getar kesejukan.Aku
berasa sungguh bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang selesa dan
bahagia bersama keluarga.
Pagi ini adalah hari keputusan
temuduga DARUL QURAN yang aku tempuh hari itu.Tangan ini terasa macam terkena
penyakit “Parkinson” kerana bergetar dengan kuat ditambah dengan hati yang
berdegup kencang bagai ombak tsunami melanda.
Namun, aku harus belajar menerima
takdir ALLAH.Walau apapun terjadi aku harus tabah kerana berdasarkan permohonan
temuduga maktab,sudah 2 kali permohonan aku ditolak.Ketika itu, suasana hiba
melanda diriku dalam waktu seminggu.Kendatipun begitu,aku telah dapat menerima
kenyataan bahawa bukan rezeki aku di maktab.
Aku
telah menyemak keputusan di portal DQ, tetapi pada waktu itu keputusan belum
boleh disemak kerana pihak DQ belum mengemaskini keputusan pelajar yang berjaya
memohon. Pada hari itu,keluarga aku hendak pulang ke kampung dan mengajak
aku.Aku mengikuti mereka bersama.
Setelah
sampai di kampung,jam menunjukkan pukul 3 petang.Aku mendapati telefon bimbitku
berdering .Aku meraba poketku untuk mendapatkan
telefon bimbitku.Setelah dapat memegang telefonku,aku dapat melihat
terpampang nama sahabatku yang menghantar mesej untukku,aku berdebar-debar
untuk menekan keypad yang ada di telefonku.Selang beberapa saat, aku berasa
teringin untuk melihat isi yang dihantar oleh sahabatku.
Aku
cepat-cepat menggerakkan jari-jemariku untuk melihat mesej yang
dihantar.ALHAMDULILLAH...aku telah bejaya
dalam temuduga darul quran.Betapa bersyukurnya aku waktu itu.Aku masih
teringat kata-kata ibu bapaku.Setiap kejadian pasti ada hikmah-NYA.Selepas
mendapat tawaran ini,rezeki aku semakin mencurah-curah bagai cendawan tumbuh di
tepi jalan.
Antara tawaran yang aku dapat ialah matrikulasi di
Pahang,diploma teknologi kreatif di UITM,asasi sains dan teknologi di UNISEL
dan diploma mikrobiologi di UNIKL.Hajat aku sebenarnya berkeinginan untuk
melanjutkan pelajaran di UIAM dalam bidang agama iaitu asasi Bahasa Arab kerana
aku sangat meminati bidang linguistik terutamanya
Bahasa Arab tetapi TUHAN lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.Darul
Quran adalah pilihan terbaik untuk diriku setelah berbincang dengan semua orang
dan berdoa kepada ALLAH.
Saat
hiba kembali menyelubungi diriku walaupun tecalit sedikit kegembiraan untuk
dirku kerana aku akan berjauhan dengan keluarga.Air mata ini menitis jatuh
berderai-derai ke lantai asrama menandakan aku sangat sedih kerana aku tidak
pernah berjauhan dengan keluarga.
Ketika
waktu pendaftaran,satu keluarga datang menghantarku untuk memberi sokongan
kepadaku.Selesai sahaja mendaftarkan diri,aku ditinggalkan oleh keluargaku di
sebuah bilik yang sungguh selesa iaitu di asrama Darul Quran.Namun sekali lagi
titisan air mata mengalir di celah mataku.
FIRMAN ALLAH TAALA:JANGAN KAMU TAKUT DAN SEDIH KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN KAMU.
Aku
masih berpegang kepada ayat ALLAH S.W.T.sebagaimana di atas. Dalam masa 15
minit ,baru aku dapat menenangkan diriku ini.Aku mula berdoa kepada ALLAH
supaya aku kuat dan tabah menghadapi mehnah tribulasi dunia dan dapat berusaha
supaya tidak menjadi ‘HOMESICK’ lagi.Tepat jam 5 petang,bermulanya ‘MINGGU
HALUAN SISWA’.
Minggu
orientasi ini betul-betul mencabar mental dan fizikalku di bumi darul
quran.Antara pengalaman manis dalam minggu ini, aku dapat berkenalan dengan ramai
kawan yang berasal dari seluruh negara dan pengalaman pahit yang aku peroleh
adalah terpaksa menyanyi lagu nasyid
menggunakan suara “DORAEMON”.Objektif sebenar program ini diadakan untuk
mendedahkan pelajar bagaimana realiti sebenar kehidupan para huffaz pada era
globalisasi ini terutamanya hidup di darul quran.
Setelah
berakhirnya minggu orientasi yang diselia oleh pihak pentadbiran DQ,bersambung
pula program yang dibuat oleh abang-abang senior di bawah persatuan pelajar
iaitu Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran atau lebih masyhur dikenali
sebagai ‘PERKEMAT DQ’.Program ini dinamakan sebagai “SYABAB” atau nama penuhnya
Synergy of Ulul Albab.
Program
ini ternyata lebih mencabar dan mendebarkan.Selama 3 hari berkampung di sana badanku hanya dibasahi air tatkali hendak
berwudhuk dan membuang air kecil kerana waktu terlalu padat.Antara saat paling
menakutkan dan perit ialah masa ketua lajnah tarbiah dan dakwah memanggil para pelajar untuk berkumpul di depan
kolam.Tiap kali dipanggil kami ternanti-nanti apakah hukuman yang akan
dikenakan ke atas kami disebabkan tidak patuh atas arahan yang diberikan.Salah
satu hukuman yang diberikan terhadap kami ialah lari mengikuti jalan bukit yang
dipenuhi batu-batu keras ditambah pokok-pokok berduri terpaksa kami redah.
Sepanjang
Program yang telah aku sertai tidak pernah program itu meninggalkan kesan yang
mendalam bagiku hingga detik dan tarikh
ini aku dapat mengingati memori suka-duka sepanjang program,Alangkah
sayangnya,aku tidak ada kamera.Kalau tidak akanku tangkap semua gambarku setiap
kali berlangsungnya sesuatu tentatif program agar menjadi kenangan terindah
dalm hidupku.
Semasa
hari terakhir kami, berlangsungnya “PROGRAM KEMBARA HUTAN”. Dalam keadaan
seronok dapat melihat keindahan dan
keunikan flora & fauna ciptaan ALLAH,aku dan kawan-kawanku dikejutkan
dengan kehilangan salah seorang kawanku
yang bernama ABDUL HADI.Kami seidkit gusar dan cemas takut-takut kawan kami
terjatuh dari bukit.Kami siap didenda mandi dalam air yang berlumpur dan dipenuhi kayu-kayan.Tetapi sewaktu majlis
penutup,kami menerima berita gembira kerana ABDUL HADI telah ditemui. Sebenarnya,ini
adalah satu method yang digunakan oleh abang-abang senior untuk memberi kejutan
terhadap kami bersempena dengan ulang tahun ke 18 ABDUL HADI.
Selepas
tamat program SYABAB bermulalah waktu pembelajaran kuliah dan kelas tasmi’
AL-QURAN.Suasana biah solehah di sini sungguh berbeza sewaktu di zaman
sekolah,Aku berasa sungguh tenang dan selesa kerana selalu berdamping dengan
ayat-ayat AL-QURAN.Aku berharap ALLAH akan menolongku untuk menjadi seorang
huffaz yang profesional lagi berkarismatik yang dapat menyeimbangkan antara
dunia dan akhirat.AMIN!!!!


No comments:
Post a Comment