Sunday, April 01, 2012

~IBRAH DARIPADA SEBATANG PENSEL~


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” Tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Ya, ibu.”

Pertama, Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisnya. Bsgiitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi lebih baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan salah. Namin kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.

Keempat,Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau Nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akanmemberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah!

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.
http://msg-cyber.blogspot.com/2011/09/iktibar-daripada-sebatang-pensel.html

~JANGAN BONGKAK DENGAN KELEBIHAN YANG ADA~


Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid .....

Satu hari budak itu melamar gadis itu.
Kemudian gadis itu berkata,
"Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar.... ......
... Macam mana saya nak terima awak?
Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak?
Saya tidak akan menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ...
Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. "

Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah.

10 tahun kemudian.

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz.
Gadis itu berkata,
"Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin.
Adakah awak tahu siapa suami saya?
Suami saya adalah lepasan Al Azhar
Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. "

Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.

Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu.

"Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana."
Kemudian dia berkata kepada isteri beliau,
"Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan.....
Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu.
Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin.
Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?....

Moral dari cerita ini....
Hidup tidak begitu singkat.
Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain.
Situasi boleh berubah dengan masa.
Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya .....

Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....