- Apabila mengharapkan orang untuk berkelakuan baik kepada kita, kita akan kecewa. Namun apabila kita berkelakuan baik kepada orang, InsyaAllah kita akan bahagia.
- Memang kita banyak rancangan, memang kita ada pengalaman dan memang kita tahu apa ingin kita lakukan tetapi seandainya perbuatan itu bertentangan dengan garis panduan yang telah Allah tetapkan, siapalah kita untuk mengaku bahawa kita masih berada di pihak yang benar? Buatlah apa saja, rancanganlah apapun tetapi jika ia berbeza dengan peraturan Allah, maka pilihlah peraturan Allah.
- Apa yang kita lakukan sekarang adalah penentu hidup kita 2-3 tahun akan datang. Apa yang kita lakukan sepanjang hidup adalah penentu kehidupan kekal abadi kita di akhirat kelak. Jadi adakalanya kita perlu bertanya kepada diri, “Apakah perkara yang aku lakukan sekarang paling perlu aku lakukan sekarang?”
- Jaga hukum sebelum menjaga pandangan orang. Apabila diperhalusi, maksudnya jaga pandangan Allah sebelum jaga pandangan orang. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi mudarat kepada hamba-Nya..
- Siapa yang mempunyai impian dan berusaha mencapainya tidak akan pernah gagal melainkan hanya akan melalui beberapa fasa ‘belum berjaya’. Gagal hanyalah untuk mereka yang berputus asa.
- Kebahagiaan itu ada pada jiwa orang yang suka ‘memberi’, bukan ‘menerima’.
- Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan hidup kita sekeluarga. Namun kita tidak boleh bersangka buruk. Bagaimanapun setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memusnahkan hidup kita, berusahalah untuk menjauhkan diri dari mereka. Ini bukan memutuskan silaturrahim tetapi menyelamatkan diri dari teranaiya.

- Adakala pergaduhan berlaku bukan kerana masalah yang besar, tetapi kerana sikap ego dan sukar bertolak ansur merajai diri. Pergaduhan adalah permulaan kepada keretakan hubungan silaturrahim. Terputusnya silaturrahim maka terputuslah rahmat dari Allah.
- Hati kita akn merasa tidak senang apabila kita membawa sampah kotor & busuk ke mana sahaja kita pergi. Beginilah rasanya apabila kita menyimpan perasaan benci & marah pada org lain. Buanglah perasaan itu kerana ia hanya akan membebankan kita. Perkara yg kotor, busuk & buruk tidak harus disimpan dan dibawa ke mana-mana pun bersama kita.
- HUDUD ~ Ia bukan soal sesuai atau tidak, tetapi ia berkaitan dengan nilai kepercayaan kita kepada Allah.
- Mungkin adalah tabiat orang kita iaitu suka melihat orang seagama, sebangsa dan satu keturunannya jatuh tersungkur, gagal dan papa kedana dalam hidup. Disebabkan itulah mereka sanggup lakukan apa saja, meskipun mengumpat dan membuat fitnah. Mereka ini tidak kelihatan pelik, ada yang solat, ada yang bertudung, ada yang ke surau tetapi hatinya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, berhati-hatilah duhai teman.
- Beribadah dengan kuat akhirnya menjadi rugi apabila amalan itu ditayang-tayangkan dalam Facebook. Usahlah bercerita tentang ibadah yang dilakukan demi meraih pujian dan perhatian teman. Kerana yang memberi ganjaran ke atas setiap amalan yg dilakukan hanyalah Allah. Biarlah Allah saja yg tahu segalanya.
- Buat sang isteri, tidak banyak yang kami mampu berikan demi memenuhi tuntutan manusia yang sering tidak sempurna. Cuma InsyaAllah, redha kami sebagai suami sentiasa mengiringi langkahmu demi kesejahteraanmu di sana meskipun kami sendiri belum mampu menanggung dosa sendiri apatah lagi dosamu. Maafkan kekurangan kami.
- Bila dah bercinta sering terlanjur~Bila terlanjur mereka mahu kahwin~ Bila nak kahwin mak ayah tak setuju~ Bila mak ayah tak setuju muram, sedih, ada yang kahwin lari dan ada yang minta pendapat teman. Pesanan~ Derhaka pada Allah & ibu bapa adalah dosa besar, derhaka pd kekasih tak ada dosa pun. Jadi janganlah diikutkan hati sangat. Segeralah bertaubat.
- Wanita kelemahannya pada aurat, lelaki kelemahannya pada syahwat.
- Tiada kesudahan kesalahan dan dendam yang diungkit-ungkit. Hanya akan menambahkan benci, menyakitkan hati dan mengganggu jiwa raga. Orang yang suka mengungkit-ngungkit mudah dikuasai syaitan.
- Isteri solehah ~ Tengok sahaja wajahnya hati sudah menjadi tenang.
- Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan hidup kita sekeluarga. Namun kita tidak boleh bersangka buruk. Bagaimanapun setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memusnahkan hidup kita, berusahalah untuk menjauhkan diri dari mereka. Ini bukan memutuskan silaturrahim tetapi menyelamatkan diri dari teranaiya.
- Kata2 nista dan menyakitkan hati yang ditulis di FB untuk ditujukan kepada orang lain kadang2 terkena pada orang lain. Kenyataan seumpama itu membuatkan orang salah faham dan adakalanya menjadi benci, marah dan dendam. Oleh itu, meskipun tidak menulis nama orang yang nak diburukkan, sebaiknya tidak usahlah menulis hal-hal yang demikian. Kerana lain yang kita harapkan, lain pula yang terjadi. Seeloknya tulis sahaja pesanan yang baik2. Semua orang suka, pahala pun dapat.
- Sabda Rasulullah “Besarnya ganjaran kamu bergantung kepada berapa besarnya kesukaran kamu!” ~ Oleh itu usahlah kecewa ketika berada disaat sukar.
- Bersahabat itu lebih baik daripada bersendirian dan bersendirian itu lebih baik daripada sahabat yang buruk.
- Dunia ini indah, cantik dan menawan. Cuma penghuninya saja yang ramai tidak tahu menghargainya. Hidup seolah-olah kehilangan harmoni, perbalahan, caci-maki, tipu menipu, fitnah menfitnah, bunuh membunuh dan pelbagai kemusnahan dunia kini mewarnai akhbar kita setiap hari. Sucikanlah kembali hati dengan Al-Quran. Jangan dibiarkan rosak dek keburukkan dunia yang semakin hari semakin menjadi.
- Dalam FB, kita dikenali dengan apa yang kita tulis. Jika baik, baiklah pandangan orang, jika buruk, buruklah jadinya. Maka elakkanlah diri diburuk-burukkan.
- Bimbinglah isterimu dengan penuh kasih sayang, didiklah mereka menjadi wanita solehah kerana mereka bakal menjadi kekasih syurgamu.
- Apabila berjumpa dengan sahabat atau sesiapa yang bertanya “Apa khabar?” Marilah kita menjawab “Alhamdulillah, sihat!” daripada hanya menyebut “Sihat!”. Sedikit perubahan amalan, mungkin mampu memberatkan neraca timbangan pahala kita di sana nanti. InsyaAllah…
- Jangan lupa untuk menangis kepada Allah…Meskipun sekarang kita sedang bahagia. Kerana tangisan kepada-Nya bukan hanya di waktu duka. Tetapi juga di saat bahagia. Itulah tanda syukur dan sentiasa mengharapkan rahmat dari-Nya.
- Jangan cerita keburukkan orang yang telah lalu sedangkan kini mereka telah bertaubat. Contohnya jangan bercerita perihal orang yang telah berzina di masa lalu jika beliau telah bertaubat kerana itu hanya akan mengaibkannya.
- Bersyukurlah kepada Allah kerana dipilih dalam jutaan manusia sebagai salah seorang yang boleh menunaikan solat. Bayangkan betapa ramai manusia diluar sana yang leka dan tenggelam dalam kekufuran. Adakala kita terlupa bahawa dipilih untuk menunaikan solat kepada-Nya juga adalah satu nikmat yang paling besar dalam hidup ini.
- Hidup dalam dunia ini bukan untuk mencari salah orang tetapi untuk memperbetulkan diri.
- Islam tidak luput dek zaman. Dari dulu hingga kini dan sehingga akhir zaman sekali pun, Islam sentiasa melangkaui zaman. Cuma sesetangah manusia itu sombong dan belagak dengan Allah kerana terasa dirinya seolah-olah hidup di zaman moden. Sepertinya Allah tidak tahu akan wujudnya zaman moden ketika Allah menetapkan hukum suatu masa dahulu.
- Hasil tidak datang hanya dengan belajar tetapi ia datang dengan usaha dan tindakan yang betul. Oleh itu setiap kali kita menambah ilmu baru untuk berjaya, kita tetap tidak akan berjaya jika tidak melakukan apa-apa tindakan.
- Apabila berlakunya salah faham, terdengar cerita-cerita buruk tentang kenalan kita dari orang lain, jarang sekali orang kita ingin bertanya kembali hal sebenar kepada orang yang dituduh sebaliknya terus percaya dan berusaha menyebarkan fitnah itu ke merata tempat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya fitnah itu lebih bahaya dari membunuh.
- Manusia yang seharusnya paling kita rindui dalam dunia ini ialah Nabi Muhammad s.a.w.
- Selagi masih hidup, pintu taubat sentiasa terbuka. Tiada istilah ‘tunggu hidayah datang’ untuk bertaubat kerana sewaktu kita sibuk menunggu hidayah, mungkin malaikat maut yang datang terlebih dahulu. Sesungguhnya untuk berubah, kita perlukan kemahuan dari hati sendiri, bukan dengan menunggu…
- Permudahkan 1 urusan orang lain di dunia, Allah akan permudahkan 1 urusan kita di sana.
- Dengan menggunakan FB secara berhemah, hubungan silaturahim kita lebih mudah dieratkan. Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.)
- dipetik drpd:cahaya islam blog!
Wednesday, December 28, 2011
the pearl words from FB~
Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…
Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar yang..


A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.

In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..

The young lady could find no place of refuge except this very mosque

When the student saw her, he ordered her to leave immediately.
He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.

Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.


While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.

The young lady had been carefully observing this.

Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”

Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:

‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.

She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.

After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”


Finally , they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons, Beauty, Weath.

Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?
Komik ini dipetik dari blog Serikandi Sang Pencinta.
Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.
Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.
Monday, December 19, 2011
Adelah sebuah cerita.
Terdapat 3 org sahabat yang berlainan kos di sebuah universiti.
A- Kos agama (seperti syariah, Al-Quran Sunnah, Usuluddin), B- kos engine dan C-kos sains kemanusiaan.
Suatu hari, Si B mengajak sahabat2 baiknya itu pergi makan. Semasa nak makan..
A : Jom bace doa dlu.
B : Ko la bce doa A, ko kan kos agama.
c: Aah! Setuju...lalu A pun bacalah doa.
Begitulah yang berlaku seterusnya. Setiap perkara yang dibuat semestinya Si A yag kena ketuai, atas dasar A 'KOS AGAMA'.
Sampai satu ketika, di sebuah restoran, semasa buka puasa..
A: Ok sekarang B ko pulak yang bace.
B: Tak nak la..ko la..ko kan kos agama..lebih afdhal. Tak pun ko la (B tunjuk C)
C: Eh! Asal aku pilak?? Ko la A. Ko kn kos agama. Takkan tak bolah kott^^
Lalu jawab si A : (Sambil tersenyum ^_^) tak pe la.. biar la aku yang bace, dekat akhirat nanti aku je yang akan dihisab kan?? ok jerr..^^
B & C : Errr...
DI HARI LAINNYA...*****
A : Jom dgr tazkirah!!!
B: Erm.. Takpe la. Ko je la pergi. Ko kan kos agama. Ak ni kalau tak gi pun tak pe, budak biasa je.
C : Betol gak tu. Lagipun aku nk buat assigment aku ni..hehehe. Lebih afdhal kalau ko je gi. Lagipun ada kaitan ngan kos ko kan?? Hehehe
Jawab si A: Erm..bolah aku cakap sikit? (sambil snyum^_^).
Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti ALLAH menilai kita melalui kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang ambik kos agama sahaja yang akan dihisab.
Maksudnya orang kos agama macam aku ni sajerlah yang akan masuk syurga. Btol tak?
Ye la..sume perkara baik aku kene buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ke korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?
(sambil tersenyum dia sambung kembali) Aku ambik kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cume aku tak berapa pandai dalam ilmu-ilmu agama ni, sebab tu aku apply kos ni.
Aku bukan nak salahkan korang walaupun korang bukan KOS AGAMA. Sebab mane-mane kos pun yang kite ambil, kesungguhan kite terhadap Islam yang aakan dinilai oleh ALLAH.
Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai ALLAH. Asalkan kite buat kerana ALLAH, pasti ALLAH jua akan redha dengan kite.
Ingatlah sahabat, kita adalah MUSLIM. Dan ini tanggungjawab kite sebagai hamba ALLAH. Ada jugak orang yang ambik kos agama tapi masih kurang ilmunya, ada jugak org ambik kos lain selain agama tapi banyk ilmuny. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh ALLAH tetapi sejauh mane kesungguhan kita dalam menggapai redha dan cinta ALLAH..^^ (simple tapi sangat terkene)
B menitiskan airmata. C pula tunduk malu..
Dan A ingin berlalu pergi ke tempat tazkirah...
B & C : Nanti!! Tunggu kami! Mulai hari ni kami akan cuba dan berusaha menjadi Muslim yang baik. Terima kasih atas peringatan. :-)
~ALHAMDULILLAH~TERIMA KASIH YA ALLAH..^^
* Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita kan. Mentaliti kebanyakkan orang. Semoga dapat diambil ikhtibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAllah..
By: Mohd Amiruddin (COPY & PASTE)
Terdapat 3 org sahabat yang berlainan kos di sebuah universiti.
A- Kos agama (seperti syariah, Al-Quran Sunnah, Usuluddin), B- kos engine dan C-kos sains kemanusiaan.
Suatu hari, Si B mengajak sahabat2 baiknya itu pergi makan. Semasa nak makan..
A : Jom bace doa dlu.
B : Ko la bce doa A, ko kan kos agama.
c: Aah! Setuju...lalu A pun bacalah doa.
Begitulah yang berlaku seterusnya. Setiap perkara yang dibuat semestinya Si A yag kena ketuai, atas dasar A 'KOS AGAMA'.
Sampai satu ketika, di sebuah restoran, semasa buka puasa..
A: Ok sekarang B ko pulak yang bace.
B: Tak nak la..ko la..ko kan kos agama..lebih afdhal. Tak pun ko la (B tunjuk C)
C: Eh! Asal aku pilak?? Ko la A. Ko kn kos agama. Takkan tak bolah kott^^
Lalu jawab si A : (Sambil tersenyum ^_^) tak pe la.. biar la aku yang bace, dekat akhirat nanti aku je yang akan dihisab kan?? ok jerr..^^
B & C : Errr...
DI HARI LAINNYA...*****
A : Jom dgr tazkirah!!!
B: Erm.. Takpe la. Ko je la pergi. Ko kan kos agama. Ak ni kalau tak gi pun tak pe, budak biasa je.
C : Betol gak tu. Lagipun aku nk buat assigment aku ni..hehehe. Lebih afdhal kalau ko je gi. Lagipun ada kaitan ngan kos ko kan?? Hehehe
Jawab si A: Erm..bolah aku cakap sikit? (sambil snyum^_^).
Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti ALLAH menilai kita melalui kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang ambik kos agama sahaja yang akan dihisab.
Maksudnya orang kos agama macam aku ni sajerlah yang akan masuk syurga. Btol tak?
Ye la..sume perkara baik aku kene buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ke korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?
(sambil tersenyum dia sambung kembali) Aku ambik kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cume aku tak berapa pandai dalam ilmu-ilmu agama ni, sebab tu aku apply kos ni.
Aku bukan nak salahkan korang walaupun korang bukan KOS AGAMA. Sebab mane-mane kos pun yang kite ambil, kesungguhan kite terhadap Islam yang aakan dinilai oleh ALLAH.
Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai ALLAH. Asalkan kite buat kerana ALLAH, pasti ALLAH jua akan redha dengan kite.
Ingatlah sahabat, kita adalah MUSLIM. Dan ini tanggungjawab kite sebagai hamba ALLAH. Ada jugak orang yang ambik kos agama tapi masih kurang ilmunya, ada jugak org ambik kos lain selain agama tapi banyk ilmuny. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh ALLAH tetapi sejauh mane kesungguhan kita dalam menggapai redha dan cinta ALLAH..^^ (simple tapi sangat terkene)
B menitiskan airmata. C pula tunduk malu..
Dan A ingin berlalu pergi ke tempat tazkirah...
B & C : Nanti!! Tunggu kami! Mulai hari ni kami akan cuba dan berusaha menjadi Muslim yang baik. Terima kasih atas peringatan. :-)
~ALHAMDULILLAH~TERIMA KASIH YA ALLAH..^^
* Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita kan. Mentaliti kebanyakkan orang. Semoga dapat diambil ikhtibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAllah..
By: Mohd Amiruddin (COPY & PASTE)
Saturday, December 17, 2011
KISAH YG MENYENTUH QALBU~
Cita ni pnjg sket..so,luangkan la lbih msa sket yer kawan2..Abang tunggu mak di syurga - kisah benar.. Kompom nangis bace kisah ni
Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa..... Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya" Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua.
Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. "Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" Akhirnya, wajah abang 'ditutup'.
Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kak
ak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana.
Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang. 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu.
Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir. 7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan. 13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!" Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama.
Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa.
Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi! Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital. "Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal. 5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah. 7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang.
Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik. 8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. "Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!" Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu.
Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia Abang pada tahun 2007. 9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan. "Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!" Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang. "Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. "Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!" Mak marah mereka buat begitu pada abang.
Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum. "Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan.
Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik.
Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
cOrEtAN qAlBU~
Semester 2 telah bermula operasinya.Selepas tamatnya cuti semester pd 30 Oktber 2011,aku sbnrnya ingin sgt2 mencoret tulisanku di atas wall nie....Nmun masa xdak mengizinkan aku or maybe i'm so lazy untill today i cannot continue to write something here.....insyaallah hari ini akn ku tulis apa yg terbuku dhti selama nie!
to all blogwalkers & my loyal followers,sorry sgt2 coz xsempat nk update blog nie....
setelah masa demi masa berlalu dikala waktu tggl 7 hari lgi untukku pulang,aku berasa betapa sushnya bergelar seorang HAMALATUL QURAN....terlalu bnyk mehnah tribulasi dunia n problems yg mlnda diriku nie.....hkktnya,sbgi insn yg dhoif lg x mmpu,aku xdk kuat mnghdpinya seorg,xxpi mujurlah ada supporter yg byk bgi motivasi,drgn n byk lagi...ketika aku berasa give up n jatuh tersungkur,shbt,guru.n family alwys behind me for me to move forward in my life.....
APA YG AKU NK FKUSKN KT SINI 2 PERKARA YG MNPA DIRIKU NIE:
MADAH TARANNUM DAN QIRAAT
tarannum mrpkn sbjek yg agak skr tuk diriku coz ianya amali....tuk mencari key suara bgtu susah..mjurlah ustzh begtu spoting.....aku hrp aku dpt mnmbaa ilmu dgn sebaiknya.....insyaallah,I will try as well as I can to be a succesful person.berpeganglah dengan FIRMAN ALLAH:mafhumnya:Ssghnya bersama ksshn itu ada ksnangan.....
QIRAAT
sbjk plg mndbrkn bgku..why?coz in the class session,the students have to know deeply how,who,what n all rlated to qiraat subject first before ustz teach us.....satu cbrn untuk dirku..kalau kls laen ustz bg frmula dulu bru srh pljr baca....malgnya nasibku ,aku kna baca dulu bru ustz ajar....aku berasa sunnguh stress n tension,but aku bepgg pd FIRMAN ALLAH YG BMKSD:jangan engkau brpts asa dgn rhmtku..the most impotnt heRe "IJTIHAD ASASUN NAJAH"."WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY"
![]() |
![]() |
![]() |
Thursday, October 20, 2011
(SiKaP GoPoh GaPaH)
Gopoh-gapah atau isti'jal adalah penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat serta boleh meluputkan pahala segala kebajikan.
Menurut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dahulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan. Ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu.
Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu.
Impak Sikap Gopoh
Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput begitu saja. Dalam keadaan bergopoh-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.
Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:
"Dan manusia mendoakan kejahatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11)
Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.
Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.
Warak Pokok Kepada Ibadat
Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.
Menurut Imam al-Ghazali, sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksanaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya. Taanni pula bermaksud, berhati-hati pada permulaan dan semasa melaksanakan sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajarnya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.
Rasulullah bersabda, maksudnya, "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengahwinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".
Subscribe to:
Posts (Atom)








