Friday, December 30, 2011

SMART Tunnel

  assalamualaikum...masa tgh baca artikel tntg AL-QURAN tiba2 jumpa tntg smart tunnel....tjk my group dapat smsa encyclopedia assigmnt KEX '11.....byk kngn manis,masam,pahit,masin n tawar pom adew.....tmbh2 baca sal wani tulis dalam buku biodata bdk2 amitie'........masa nie my group dapatt no.last...ha3......pglmn jadi leader stress sgt2!!!!

Banjir kilat di KL, Disember 2011.
Dahsyat banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini.  Saya terbayangkan kenderaan-kenderaan yang terperangkap dan tenggelam di tempat parking bawah tanah.  Huh, habis!  Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.
Terbaca di internet beberapa komen yang mengaitkan ia dengan kelemahan SMART Tunnel.  Terowong sepanjang 9.7km yang menelan belanja pembinaan sebanyak RM1.9 bilion itu sepatutnya menjadi penyelesaian yang ampuh untuk masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Kuala Lumpur.  Malah itulah tujuan utama pembinaannya, selain membantu menyurai kesesakan trafik di bahagian selatan Kuala Lumpur.  Is SMART Tunnel isn’t that smart?
Maklumat ringkas tentang SMART Tunnel:  http://en.wikipedia.org/wiki/SMART_Tunnel
Ini pula filem dokumentari National Geographic yang memaparkan tentang kehebatan pembinaan SMART Tunnel:
Itulah hakikat perancangan manusia.  Sehebat mana pun dinobat usaha mereka sebagai bagus dan hebat, ia tetap mempunyai kelemahan dan kesilapan.  Katalah SMART Tunnel memang mampu bertindak atas kapasitinya seperti yang telah dirancang, namun kelemahan lain tetap akan ada.  Kerjasama dan integrasi dengan sistem perparitan tengah bandar mesti ada dan baik.
Bagaimana SMART Tunnel yang berteknologi tinggi boleh menyelesaikan masalah banjir kilat di KL, jika sistem perparitan tempatan masih belum sempurna malah tersumbat sana-sini.  Patutkah SMART Tunnel dipersalahkan 100%.  Bagaimana pula dengan tempat air yang diflush-out?  Memadaikah?  Saya pernah dimaklumi bahawa ia juga terdapat kelemahan.  Malah projek ini dikatakan belum sempurna kerana terdapat beberapa fasa yang akan dilaksanakan pada masa akan datang bagi menyempurnakannya.  Duit!!!
Untuk mempunyai sesuatu yang terhebat, tertinggi, terpanjang, terbesar dan lain-lain ‘ter’, mesti dimulai dengan perancangan yang terancang dan menyeluruh.  Jangan kita seronok untuk dinobat ‘ter’ itu dan ini, tetapi masalah yang sepatutnya diselesaikan tidak terselesai.  Yang gembira hanya kontraktor dan pihak-pihak berkenaan sahaja.  Rakyat pula masih didatangi ‘mimpi buruk’, sempat ‘nyenyak cuma seminit dua’ sahaja.

TBM sedang mengorek bawah tanah. Foto: geotechnics.mottmac.com/projects/smart/
Setahu saya, SMART Tunnel Project telah dinobat sebagai projek mega yang julung-julung kali seumpamanya dilakukan di Asia Tenggara, jika bukan di Asia.  Projek mega ini membawa negara kita dihormati dalam bidang pembinaan.  Namun, dalam ia dipuji, kadang  kalanya ia dikritik juga.  Contohnya apabila berita-berita seperti di atas timbul.
Setiap kali keluar berita tentang SMART Tunnel, terusik juga hati saya.  Kerana sebelum saya meninggalkan Gamuda Berhad, saya telah dipanggil sendiri oleh SMART Project Manager untuk menimbangkan tawaran beliau untuk menyertai projek tersebut dengan gaji dan prospek yang lebih baik.  SMART Project adalah projek usahasama antara Gamuda Berhad dan MMC.
Menurutnya ada 12 jurutera yang terdiri dari bidang awam, mekanikal dan elektrikal akan dihantar ke Germany untuk menjalani kursus bagi mempelajari teknologi giant tunnel boring machines yang akan dibawa ke Malaysia beberapa bulan selepas itu.  Katanya lagi, saya akan ditawarkan menyertai kumpulan pertama 6 orang ke sana selama beberapa bulan, kemudian disusuli oleh 6 orang kumpulan kedua.
Namun atas beberapa keutamaan lain yang lebih dekat dengan hati saya, dengan berat hati saya terpaksa tekad menolak tawaran tersebut lalu meninggalkan syarikat Gamuda Berhad yang telah banyak berjasa ketika saya melanjutkan pelajaran dengan menaja saya belajar sepanjang saya di universiti.  Malah sepanjang khidmat saya dengan Gamuda Berhad, telah banyak peluang diberikan dalam meningkatkan kualiti kerja dan diri melalui pengalaman kerja dan program latihannya.  Walaupun peluang tersebut adalah peluang yang tidak patut dilepaskan menurut beberapa orang yang saya kenal, tetapi saya telah membuat keputusan dan saya redha dengannya.
Sehingga kini, kisah-kisah yang menyentuh SMART Tunnel dan juga Gamuda Berhad selalu mencuit hati saya.  Walaupun ia tidak ada kena-mengena dengan saya secara terus kini, namun sedikit sebanyak mengusik memori saya untuk sekadar bernostalgia.
Selamat maju jaya buat Gamuda Berhad dan SMART Tunnel :)
Manusia hanya merancang.  Namun perancangan ALLAH lah yang paling sempurna dan pasti berlaku!
ALLAHU A`LAM.



No comments:

Post a Comment